
gmba kamii. time Qalam Jama'i
tapi xsemua adaa ~
Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam manis pembuka cerita,
Ragam 4US punya cerita,
Akan ke udara dengan pelbagai cerita.
36 orang bilangan penghuni,
Semuanya 36 si bunga,
Kelasnya gege tetapi harmoni,
Pelajarnya mesra senyum sentiasa.
Guru kelas tanggungjawab sekali,
Mengajar Fizik kegemaran kami,
Papa Letfinuddin yang dimaksudkan tadi
Segala lawak dan jasanya kami ingati
Ketua tingkatan jawatan diberi,
Ke pejabatlah setiap hari,
Nak marah anak buah tak menjadi,
Rida orangnya pandai sekali.
Assistant kami lembut orangnya,
Siapa gerangan si anak dara,
Kalau nak tahu gelarannya,
Itulah dia Ieyda kita.
Awal minggu memang diminati,
Mencari orang kesana ke mari,
Tidak marah dipanggil cheti,
Itulah Nadzirah nama diberi.
Izzah pula nama diberi,
Setiausaha kelas ini,
Orangnya manis kiut sekali,
tapi awas!! MJ punya ni.
Qemma tak pernah menyendiri,
Ke hulu ke hilir sentiasa ditemani,
jejaka handsome KL pujaan hati,
harap2 sampailah jodohnya nantii.
Korea menjadi pilihan hati,
BA pula subjek digemari,
Bila bersuara lantang sekali,
Nik Hashimah nama diberi.
Depan cikgu manis selalu,
Sahabat setia dalam perjuangan,
Fizah, Damia, Alia tak pernah malu,
Belajar rajin,bermain pun rajin.
Pasangan model ini kembar bertiga,
Asyik berkepit ke mana-mana,
Attia,Ain dan Niena puteri istana,
mungkin hatinya dah empunya.
Yang 2 pasang ni nak story,
selalu bersama situ-sini,
Ayati,Ayuni senyumnya terlekat di hati,
Ilya dan Alya kembar sejati.
Power rangers sekolah jawatannya,
Farhain empunya cerita,
dalam kelas 2 meja dengan Waa,
berbincang hmework yg mereka suka.
Orangnya ayu disiplin lagi,
Mengusik orang menjadi hobi,
Fatnin dan Syahzanan sahabat sejati,
Sentiasa sabar apabila diperli.
Cita-cita di hati nak jadi pramugari,
Tapi Wani tak cukup tinggi,
Zanjabila,sakinah sahabat sejati,
eh2, ilya dan liana ikut sekali.
Nampak senyap tetapi peramah,
Nazifah dan Husna muncullah sudah,
PSS jadi tmpat singgahan,
hai..jenguk abang kat sane kan?
Yue dan Ten kita paparkan,
Minat melukis bukan sebarang,
Yakin diri sahut cabaran,
Kononnya mahu jadi pelajar cemerlang.
Senyumannya manis memikat si teruna,
Jarang bercakap diam sentiasa,
Hafizah, Iman empunya nama,
pendakwah sambilan adalah kerjanya.
Mira seorang remaja riang,
Mukanya lembut suaranya garang,
Dengan Tirra selalu berperang,
Kerana masing2 mahu menang.
Dari SMK Kamil datang ke mari,
Farah orangnya senyap sekali,
Chah dari Tangok tinggal jantung hati,
jangan main, Bio markah tertinggi !
Masdiyana penutup cerita,
Semasa cikgu mengajar slumber saja,
nak tanya cikgu..em,,malula rasanya,
dengan kawan2 ok saja.
Bergewang-gewang tidak sekali,
Sebab kami nak ke UNIVERSITI,
Alah,,cikgu...don’tlah worry,
Kami study bagai nak mati.
Sahabat sekalian saya dah penat,
Buat cerita tak sempat nak rehat,
Segala duka jangan dipahat,
Senyum sentiasa badan pun sihat.
Kepada warga 4US semua,
Jari disusun maaf diminta,
Andainya ada terasa di jiwa,
Jangan jadikan dendam membara,..
Sekian,terima kasih..